Motivasi Hari Ini


“Jangan lihat siapa yang berbicara, tetapi dengarkan apa yang mereka bicarakan. Tiada siapa yang paling pandai dan paling bodoh di dunia ini kerana setiap yang pandai itu boleh menjadi bodoh dan setiap yang bodoh itu boleh menjadi pandai”

Objektif Pembinaan Blog


  • Segala maklumat berkaitan dengan aktiviti dan kursus yang dianjurkan oleh Jabatan Pembelajaran Sepanjang Hayat, Kolej Komuniti Hulu Selangor boleh dilakukan dengan mengabungkan teks, imej, suara dan pautan laman web dan media lain. Sehubungan itu, dapat menjadikan laman blog JPSH KKHS bersifat terbuka kepada masyarakat luar.
  • JPSH KKHS boleh memuat turun bahan maklumat bergambar dan lain-lain yang mana blog PSH ini dapat dijadikan saluran rangkaian media sosial yang dinamik. Realiti ini akan mewujudkan suasana santai, menarik dan menyoronokkan.
  • Pemilihan blog sebagai media penghubung/komunikasi antara Jabatan Pembelajaran Sepanjang Hayat Kolej Komuniti Hulu Selangor dan komuniti, adalah kerana melalui blog komuniti boleh interaksi untuk mendapatkan maklumat secara mendalam.

Pengenalan Blog Rasmi JPSHKKHS Kementerian Pengajian Tinggi


Pengenalan

Dewasa ini aplikasi blog semakin popular dan menjadi trend terkini komunikasi dan bersifat interaktif di alam siber masa kini. Jika sebelum ini emel menjadi penghubung paling efisien, interaktif dan kini kewujudan blog telah menjadikan dunia komunikasi maya semakin kompleks, moden dan menarik.

Setakat ini terdapat lebih 120 juta di seluruh dunia dan jumlah tersebut semakin meningkat dari masa ke semasa dalam pelbagai bahasa. Blog adalah berasal daripada perkataan Bahasa Inggeris iaitu web blog dan telah dipendekkan kepada blog sahaja oleh pengamal dan pengendali terawal laman blog Amerika Syarikat. Setakat ini perkataan tersebut belum lagi didaftarkan di dalam Kamus Dewan, namun pelbagai aplikasinya semakin rancak dan giat digunakan secara meluas di negara kita yang merangkumi pelbagai konteks dan variasi.