TAHNIAH KEPADA YANG DAPAT APC


Alhamdulillah seramai 6 orang kakitangan Kolej Komuniti Hulu Selangor telah terpilih untuk menerima ANUGERAH PEKERJA CEMERLANG. Semoga dengan penganugerahan ini mereka dan rakan sejawat lain terus berusaha untuk lebih cemerlang lagi.

Mereka yang di maksudkan ialah En Azman selaku Ketua Jabatan Kejuruteraan & Kemahiran, En Nizam, Pn Rasyidah, Cik Widyawatie, En Ramil, dan En Azmi. Diharap seluruh warga kolej akan terus cemerlang dalam apa jua yang dilakukan.

Advertisements

Kursus Kemahiran Membaca Al-Quran dan Asas Fardhu Ain


Assalamualaikum semua….

Kebelakangan ini agak sibuk dengan urusan di kolej, berkursus, menjalakan kursus dan lain – lain aktiviti yang dihadiri. Baru – baru ini, 2 buah kursus yang telah dijalankan daripada bulan Januari 2012 telah pun menutup tirai pada hujung minggu lepas( bulan April). Berikut adalah maklumat kursus yang telah dijalankan dengan jayanya di Bukit Beruntung:

  1. Kursus:   Kemahiran Membaca Al-Quran

        Tempat: Surau Apartment Anggerik

Image

 Image

 

Image

 

 2.  Kursus:   Kemahiran Asas Fardhu Ain

        Tempat: Surau Apartment Cempaka

ImageImageImageImageImageImage

 

Kedua – dua kursus ini dihadiri oleh penduduk dan anak – anak sekitar Bukit Beruntung. Bayaran kursus yang tidak membebankan serta pengisian yang bermanfaat. Perkongsian ilmu itu tiada batasan. Semoga kita menjadi insan yang cintakan ilmu. 


 

Kursus untuk MAC 2012


 

Berikut adalah jadual kursus yang akan dijalankan sepanjang bulan Mac. 

Untuk keterangan lanjut anda boleh menghubungi pihak kolej.

Nama Kursus                                Tarikh             Peserta         Yuran       Penyelaras

MAC Jom Memasak : Kek Pavlova dan Coklat Blueberry 2/3/2012 20 20.00 Syerie Noer Hidayaty
Pembuatan Kek 4/3/2012 20 20.00 Noorfadhilah
Jom Memasak : Chicken Cordon Bleu & Mushroom Soup 9/3/2012 20 20.00 Syerie Noer Hidayaty
Sulaman Manik dan Labuci 12/3 dan16/3 20 20.00 Siti Noorhani dan Zuryani
Say-It-Right 13/3 – 15/3 20 20.00 Sharifah Nozi
Frozen Food 13/3 – 14/3 20 20.00 Norzalina
Kursus Bunga Dip & Stoking 13/3 – 15/3 20 40.00 Norzita dan Faizah
Jom Minum Petang :Muffin pisang,vanilla, blueberry dan chocolate chip 16/3/2012 20 20.00 Syerie Noer Hidayaty
Jom Sarapan Pagi : Roti Canai 23/3/2012 20 20.00 Syerie Noer Hidayaty
Sulaman Reben 24/3 – 25/3 20 20.00 Zuryani
Pembinaan Papan Tanda Props Serbaguna Menggunakan Acrylic 24/ 3 – 25/3 20 20.00 Muhamad Azlin
Outdoor Fotografi 24 – 25/3 20 60.00 Norzita dan Faizah
Penghasilan Kek Ikan, Bebola Ikan, Tauhu dan Air Soya 31/3 – 1/4 20 20.00 Kamaruzzaman
Etika Meja Makan 31/3/2012 20 20.00 Noorulhuda
Membaca Al-Quran Teknik Al-Baghdadi dan Tajwid Sepanjang Mac (Selasa & Khamis) 20 20.00 Norlailatulazmila dan Siti Khadijah Jam 3 – 5 petang

Bersama pasukan PSH yang baru


Seiring dengan perubahan masa dan tahun, Kolej Komuniti Hulu Selangor juga mengalami perubahan di mana mantan Pengarah dan mantan KJPSH telah berjaya dalam permohonan kenaikan pangkat beliau. Oleh itu, mereka telah dihantar melaporkan diri Politeknik dan Kolej Komuniti Selayang.

 

 

Sehubungan dengan itu, kami di KKHS amat berbesar hati serta mengalu – alukan kedatangan Pengarah yang baru yang berpengalaman dalam bidang pengurusan dan banyak menimba pengalaman di luar negara selaku wakil daripada JPKK. Beliau yang adalah Encik M. Azmi bin Ruzali. Semoga di  bawah pimpinan beliau, JPSH akan lebih aktif bergerak mendekati komuniti sekitar Hulu Selangor dengan mengadakan kursus – kursus yang dapat membantu penduduk setempat.

 

 

JPSH juga mendapat pegawai yang baru tetapi telah lama menjadi tulang belakang PSH KKHS. Beliau adalah Ustaz Kamaruzzaman bin Ranip. Selama ini, beliau sangat aktif mendekati komuniti setempat dan menjadi Pegawai Promosi KKHS. Mempunyai minat yang mendalam untuk menyampaikan ilmu yang ada, menjadikan beliau seorang yang sentiasa mencari ruang dan peluang di mana ilmu itu boleh di sampaikan. Semoga beliau boleh membimbing pegawai -pegawai PSH yang lain bersama – sama mengembling tenaga untuk memastikan peluang pembelajaran sepanjang hayat di sebarkan kepada masyarakat setempat.

Kluster yang paling tinggi permintaan daripada komuniti.