Program Latihan 1 Malaysia Bersama Komuniti

PROGRAM LATIHAN 1 MALAYSIA KOLEJ KOMUNITI HULU SELANGOR BERSAMA KOMUNITI

ANJURAN BERSAMA

SK ULU YAM BHARU, JABATAN KEMAJUAN ORANG ASLI DAERAH HULU SELANGOR DAN JKKKP ULU YAM BHARU

TARIKH                 : 8 & 9 JULAI 2011

LOKASI                 : SURAU KAMPUNG SUNGAI KAMIN & SK ULU YAM BHARU

PENGANJUR        : JABATAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT

PESERTA              : KOMUNITI SETEMPAT

PENGENALAN  

Program ini diadakan bagi mengeratkan hubungan di antara penduduk setempat dengan warga Kolej Komuniti Hulu Selangor di samping dapat meningkatkan kemahiran di kalangan peserta yang menyertai kursus-kursus Latihan 1 Malaysia ini.

KANDUNGAN

Program pada hari tersebut dimulakan dengan Kursus Pembuatan Coklat, Kursus Solekan, Kursus Simenfero dan Kursus Gunting Rambut bertempat di SK Ulu Yam Bharu manakala Kursus Penyembelihan dan Pemakanan Halal pula diadakan di Surau Kampung Sungai Kamin. Kursus-kursus ini berlangsung dari pukul 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Dalam pada masa yang sama, acara sukaneka seperti acara isi air dalam botol, lari bawa gelang rotan, gelecek bola, membawa bola ping pong dalam sudu, tarik tali dan sebagainya telah diadakan. Semua pemenang menerima hadiah berbentuk hamper yang ditaja oleh Kolej Komuniti Hulu Selangor. Majlis perasmian penutup telah diadakan pada pukul 1.00 petang dan acara cabutan bertuah mengakhiri program tersebut.

KESIMPULAN

Program ini telah berjalan dengan lancar pada hari tersebut dengan kerjasama yang baik daripada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam program ini. Semua peserta kursus memberikan respon yang baik terhadap kursus-kursus yang telah mereka sertai. Para peserta juga mengharapkan agar Kolej Komuniti Hulu Selangor akan terus menjalankan kursus-kursus seperti yang telah diadakan pada masa akan datang. Pihak kolej berharap agar agar kursus-kursus yang dijalankan telah memberi manfaat yang besar kepada semua peserta kursus.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s