Bersama pasukan PSH yang baru


Seiring dengan perubahan masa dan tahun, Kolej Komuniti Hulu Selangor juga mengalami perubahan di mana mantan Pengarah dan mantan KJPSH telah berjaya dalam permohonan kenaikan pangkat beliau. Oleh itu, mereka telah dihantar melaporkan diri Politeknik dan Kolej Komuniti Selayang.

 

 

Sehubungan dengan itu, kami di KKHS amat berbesar hati serta mengalu – alukan kedatangan Pengarah yang baru yang berpengalaman dalam bidang pengurusan dan banyak menimba pengalaman di luar negara selaku wakil daripada JPKK. Beliau yang adalah Encik M. Azmi bin Ruzali. Semoga di  bawah pimpinan beliau, JPSH akan lebih aktif bergerak mendekati komuniti sekitar Hulu Selangor dengan mengadakan kursus – kursus yang dapat membantu penduduk setempat.

 

 

JPSH juga mendapat pegawai yang baru tetapi telah lama menjadi tulang belakang PSH KKHS. Beliau adalah Ustaz Kamaruzzaman bin Ranip. Selama ini, beliau sangat aktif mendekati komuniti setempat dan menjadi Pegawai Promosi KKHS. Mempunyai minat yang mendalam untuk menyampaikan ilmu yang ada, menjadikan beliau seorang yang sentiasa mencari ruang dan peluang di mana ilmu itu boleh di sampaikan. Semoga beliau boleh membimbing pegawai -pegawai PSH yang lain bersama – sama mengembling tenaga untuk memastikan peluang pembelajaran sepanjang hayat di sebarkan kepada masyarakat setempat.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s